Hati berkataLumrah kehidupan Siang berganti malam Ada kalanya sang pelangi menjelma Ada kalanya pula sang matahari terlalu terik memancarkan sinarnya Walau apa pun yang terjadi Masa akan terus berputar tanpa menunggu sesiapa Dalam kehidupan Ada kalanya terkapai-kapai mencari jawapan Jawapan untuk kekalutan yang dilalui Setiap keputusan yang dibuat memberi impak Mungkin tiada jawapan yang terbaik Setiap keadaan mengajar sesuatu yang baru Oleh itu setiap langkah harus mengingati-Nya Satu hari nanti Tanah juga kepulangan kita Oleh itu La Tahzan Jangan bersedih wahai hati Percayalah Setiap yang terjadi ada hikmahnya Jangan pernah menyalahkan takdir Kerana lihatlah nikmatNya yang lebih besar kita dikurniai Mungkin bukan sekarang Mungkin di sana nanti Akan mengerti Kita tidak dapat mengawal semua yang terjadi Cukuplah mengetahui bahawa setiap manusia diuji Setiap ujian akan tamat Dan setiap jawapan akan dihitung Di situlah pengakhirannya. -Saliza 2017-
0 Comments
|
Archives
October 2019
Categories |